TR6: LEAF (LIGHT, ENERGY, AQUA, FOOD)

Nur Aimi Syamimi Binti Rozilan KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

Projek LEAF (Light, Energy, Aqua, Food) kerana ia merupakan gabungan yang unik dan inovatif dalam memanfaatkan cahaya, tenaga, air dan makanan secara bersepadu. Projek ini menggabungkan dua sumber hidupan dalam satu sistem iaitu sumber haiwan seperti ikan dan sumber tumbuhan. Dalam sistem ini, najis atau sisa buangan ikan berfungsi sebagai baja semula jadi yang menyediakan nutrien penting untuk pertumbuhan tumbuhan. Nutrien dari sisa ikan diuraikan oleh bakteria menjadi bentuk yang mudah diserap oleh akar tumbuhan dalam sistem hidroponik.  Sebaliknya, tumbuhan juga membantu menapis dan membersihkan air yang kemudian dikembalikan ke kolam ikan sebagai air yang lebih bersih dan kaya dengan oksigen.