MUNAWWAR NASHRAN BIN MOHD YAZID SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK.
Dalam era kini, peningkatan pengambilan snek terproses yang tinggi gula dan bahan pengawet menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan, manakala isu pembaziran makanan pula semakin membimbangkan. Menyedari situasi ini, inovasi ini memperkenalkan formulasi biskut berasaskan kulit pisang, daun pegaga dan kekacang sebagai sumber semula jadi yang kaya dengan serat, vitamin dan protein. Kulit pisang dikeringkan dan dijadikan serbuk bagi mengurangkan sisa makanan, manakala daun pegaga menambah aroma, warna dan nilai nutrisi. Gabungan kekacang pula memberikan tekstur rangup serta rasa yang seimbang. Inovasi ini menyokong konsep kelestarian dan pemakanan sihat berasaskan pendekatan zero waste, sekali gus mengubah bahan tempatan yang sering diabaikan menjadi snek sihat yang berkhasiat, lestari dan berpotensi untuk dikomersialkan.
In today’s world, the increasing consumption of processed snacks high in sugar and preservatives has raised health concerns, while food waste continues to be a growing environmental issue. Recognizing this, the innovation introduces a new formulation of biscuits made from banana peel, gotu kola (pegaga), and mixed nuts as natural sources of fiber, vitamins, and protein. The banana peel is dried and ground into powder to reduce food waste, while gotu kola enhances the aroma, color, and nutritional value. The combination of nuts provides a crunchy texture and balanced taste. This innovation promotes sustainability and healthy eating through the zero waste concept, transforming overlooked local ingredients into a nutritious, eco-friendly, and commercially viable healthy snack.