JG122: REBORN BAG

MUNAWWARAH NAURA AUNI BINTI MOHD YAZID SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA

Reborn Bag ialah beg serbaguna yang dihasilkan daripada pakaian terbuang melalui konsep kitar semula kreatif. Inovasi ini bertujuan mengurangkan sisa tekstil dan memberi nilai baharu kepada pakaian lama. Reka bentuknya membolehkan beg dipakai sebelah luar atau dalam, serta dilengkapi ruang khas untuk botol air, buku nota dan bekas pensil. Pengguna tidak perlu memegang beg, sekali gus mengelakkan barang tertinggal. Reborn Bag bukan sahaja menonjolkan fungsi dan gaya, tetapi turut menyokong amalan reka bentuk lestari dalam kehidupan seharian.