YG121: IMMUNOQUEST : KEBENARAN BERDARAH

MUHAMMAD HANIS BIN MUHAMMAD HARIS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN KEBUN

ImmunoQuest: Kebenaran Berdarah ialah aplikasi mudah alih interaktif berasaskan topik Sistem Pertahanan Badan Biologi Tingkatan 4. Aplikasi ini dibangunkan untuk membantu pelajar memahami konsep sistem imun melalui penceritaan bercabang, watak sel imun, dan kuiz formatif. Elemen gamifikasi seperti markah dan bintang meningkatkan motivasi serta penglibatan pelajar. Ujian bersama 10 pelajar menunjukkan aplikasi ini menyeronokkan dan berkesan, walaupun tahap kuiz perlu ditambah baik. Dengan kos pembangunan rendah dan reka bentuk menarik, ImmunoQuest menjadi inovasi pendidikan kreatif yang selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21.