GR20: MinutesCraft.ai

TS DR SABRI BIN AHMAD HISHAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL SULTAN ABDULLAH

Penyediaan minit mesyuarat menjadi satu perkara yang renyah serta mencabar oleh setiausaha mensyuarat kerana melibatkan penumpuan dan kefahaman poin penting dalam mesyuarat atau perbincangan. Penggunaan hasil rakaman audio dalam mesyuarat untuk penyediaan draf minit secara manual mengambil masa agak lama. Justeru, penggunaan AI dalam analisis audio dapat membantu untuk mengtranskripsikan rakaman audio kepada bentuk teks iaitu Speech To Text(STT) dengan memperkenalkan produk MinutesCraft.ai. Produk ini bertindak sebagai pembantu AI untuk menyelesaikan masalah penyediaan minit mesyuarat secara manual yang tidak efisien menggunakan model Bahasa Besar Kecerdasan Buatan (LLM) untuk Speech To Text(STT) Open AI Whispers dan model Bahasa Melayu, MaLLaM dengan fungsi mengtranskripsikan rakaman audio mesyuarat dengan menjana draf minit mesyuarat secara automatik dalam bahasa BM/BI. Produk ini dapat membantu setiausaha mesyuarat untuk menyediakan minit dengan lebih cepat dan efisien berbanding dengan kaedah manual seterusnya meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja.