NUR SYASYA ALYAA BINTI MOHD SYAHRIN Institut Kemahiran MARA Johor Bahru
Copper Tooling Punch Hammer atau lebih dikenali sebagai CaTPH adalah sebuah produk yang direka secara kritis dan inovatif serta telah ditambahbaik dalam penggunaannya. CaTPH merupakan produk ciptaan baharu yang telah direka melalui hasil pemerhatian membabitkan pelajar-pelajar program Diploma Industri Siapan Logam(IMF) di IKM Johor Bahru. Hasil daripada pemerhatian dan penelitian terhadap projek tahun akhir mereka, didapati para pelajar semester 3 mengalami kesukaran untuk menyiapkan projek mereka, iaitu projek Copper Tooling. Secara ringkasnya, Copper Tooling adalah satu seni dan teknik di mana kepingan logam copper ditempa dengan menggunakan alat runcing yang tumpul supaya permukaannya timbul untuk membentuk gambaran atau imej yang dikehendaki. Sehubungan itu, tujuan CaTPH ini direka adalah untuk memudahkan proses kerja menempa kepingan logam tersebut di mana ianya akan meningkatkan kecekapan dalam penghasilan projek Copper Tooling ini. Dengan terciptanya CaTPH, tempoh masa penyiapan projek dapat dioptimumkan sekali gus dapat menjimatkan penggunaan tenaga kerja para pelajar. Penghasilan CaTPH dilakukan dengan menggabungkan elemen-elemen utama seperti motor AC, speed controller, regulator, jig connector dan mild steel hollow. Gabungan komponen-komponen ini membolehkan para pelajar dapat memanfaatkan penggunaan CaTPH dengan efektif dan efisien. Penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang adalah dengan menggabungkan semua elemen dalam satu produk yang kompak seterusnya mampu dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat khususnya dalam kelompok industri penempaan dan pencetakan, dan akhirnya menjadikan CaTPH sebagai satu mekanisme yang harus mereka miliki. Diharap CaTPH dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang melibatkan pelajar-pelajar ini dan seterusnya berjaya membantu mereka menghasilkan projek yang berkualiti dan bermutu tinggi.