YG126: ECOBRICK

NUR KHADIJAH BINTI HASZEHAR SMKA Sheikh Haji Mohd Said

Projek ini bertujuan mengurangkan pencemaran plastik dengan menghasilkan Ecobrick melalui kaedah pencairan terkawal. Sisa plastik seperti straw dan pembungkus makanan dibersihkan, dipotong kecil, lalu dicairkan pada suhu antara 160 hingga 180 darjah Celsius. Plastik cair dimasukkan ke dalam acuan kayu dan dipadatkan untuk membentuk blok keras yang tahan lasak dan kalis air. Proses ini dijalankan di kawasan berventilasi dengan langkah keselamatan yang sesuai. Inovasi ini bukan sahaja membantu mengurangkan sisa plastik, tetapi juga membuktikan bahawa bahan buangan boleh diubah menjadi produk mesra alam.!