GR26: SPONDIAS SOFT COOKIES

SARAH SYAMIMI BINTI SALAMAT KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

MaGIEx25 | Stage 4 - Grand Inventor

CR: 0.0000 | 0 Likes | 27 Views | 136 times | LS: 136.0
Like it? | Support them now!

Inovasi dalam penghasilan produk bakeri semakin berkembang bagi memenuhi citarasa pengguna serta meningkatkan nilai tambah pemakanan. Kajian ini memberi tumpuan kepada pembangunan produk baharu iaitu Spondias Soft Cookies yang menggunakan buah kundang (Spondias dulcis) sebagai salah satu bahan utama. Buah kundang dipilih kerana kaya dengan vitamin C, serat, dan antioksidan semula jadi yang berpotensi meningkatkan kualiti nutrisi serta memberikan rasa unik pada produk. Proses pembangunan produk melibatkan pemilihan bahan, formulasi resepi, teknik pengadunan, kawalan suhu pembakaran, serta ujian deria untuk menilai tekstur, warna, aroma, dan rasa. Hasil inovasi ini menunjukkan bahawa penambahan Spondias dulcis mampu menghasilkan biskut lembut dengan rasa masam manis semula jadi, aroma yang menarik, serta tekstur yang lebih moist berbanding biskut konvensional. Selain itu, penggunaan buah kundang turut meningkatkan nilai kesihatan dan memberi kelainan kepada pasaran produk bakeri. Inovasi Spondias Soft Cookies diharap dapat menjadi alternatif produk bernutrisi, memperluas variasi pasaran makanan ringan, serta membuka peluang komersialisasi berasaskan sumber tempatan.