YG94: CHIBI BIN

NUR ADRIANA KARISSA BINTI ANUAI SMK INDERA SHAHBANDAR

Chibi Bin ialah inovasi tong sampah pintar mesra alam yang dihasilkan daripada bahan kitar semula seperti botol plastik dan kotak makanan. Tong ini mempunyai tiga fungsi utama iaitu mengeluarkan suara “Terima kasih” apabila penutup dibuka untuk memupuk sikap positif, dilengkapi perangkap lalat semula jadi bagi mengurangkan bau, serta bekas khas untuk mengumpul minyak masak terpakai bagi dikitar semula menjadi sabun atau biodiesel. Kajian menunjukkan penggunaan Chibi Bin dapat mengurangkan sisa bercampur sebanyak 65% dan mengumpul 2 liter minyak terpakai dalam tempoh dua minggu, selaras dengan SDG 12.