TR9: MODEL SIANG DAN MALAM

PUTERI NUR SYAFIQAH ALYA BINTI ROSLAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

Produk ini adalah untuk membantu kanak-kanak membayangkan proses peredaran bumi pada paksinya yang menyebabkan perubahan siang dan malam. Model ini direka dengan pembahagian jelas antara bahagian siang dan malam, menggunakan latar langit biru bersama matahari, awan dan pokok berbuah bagi menggambarkan siang, serta langit gelap dengan bulan, bintang dan bangunan bercahaya bagi menggambarkan malam. Keistimewaan model ini adalah kewujudan replika bumi di bahagian tengah yang boleh diputar, membolehkan pengguna melihat perbezaan bahagian bumi yang menerima cahaya matahari dan bahagian yang gelap. Bahagian siang dipenuhi haiwan seperti zirafah, kuda belang dan kambing bagi memberi suasana alam semula jadi, manakala bahagian malam memaparkan suasana bandar dengan bangunan tinggi, jalan raya, kereta, bas, dan helikopter mainan. Produk ini sesuai digunakan oleh guru prasekolah, sekolah rendah serta ibu bapa di rumah. Ia bukan sahaja meningkatkan kefahaman tentang fenomena siang dan malam, malah menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah diingati oleh kanak-kanak.