YG128: U-TABLE

QASEH BALKISYA BINTI KAMARULZAMAN SMK INDERA SHAHBANDAR

Inovasi U-Table merupakan meja alternatif serbaguna  yang direka dari bahan kitar semula untuk meningkatkan keselesaan dan kecekapan pelajar semasa belajar. Meja ini dilengkapi dengan laci permainan catur, ruang air cooler, dan kotak simpanan pelbagai guna yang boleh diletakkan dalam ruangan terhad. Reka bentuknya menggunakan bahan kitar semula seperti kotak terpakai, penyedut minuman serta batang aiskrim menjadikannya mesra alam serta berkonsepkan teknologi hijau. Inovasi ini mampu meningkatkan tumpuan pelajar, menggalakkan interaksi kumpulan, serta menyokong pembelajaran aktif di bilik darjah moden.