RUMAYSA BINTI MUSH'AB SMKA SHEIKH HAJI MOHD SAID
Sabun Calmora merupakan satu inovasi berasaskan bahan semula jadi yang dihasilkan menggunakan beras dan natrium hidroksida. Objektif inovasi ini adalah untuk melihat keberkesanannya dalam penjagaan kulit serta membantu mencegah bau badan. Sabun ini merupakan versi yang ditambah baik berbanding sabun biasa kerana ia bebas bahan kimia dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Idea sabun ini muncul setelah penyelidik mendapati bahawa kebanyakan sabun di pasaran mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit kering dan gatal. Terdapat juga pengguna yang mengalami masalah kulit seperti ekzema yang sukar mencari sabun yang sesuai. Oleh itu, inovasi sabun ini dihasilkan bagi membantu melembutkan, melembapkan serta melindungi kulit pengguna. Hasil penggunaan menunjukkan sabun ini dapat memberi kesan positif terhadap kelembapan dan kelembutan kulit. Di samping itu, sabun Calmora ini juga bersifat mesra alam kerana diperbuat daripada bahan semula jadi yang mudah terurai. Diharapkan inovasi ini dapat menyumbang kepada gaya hidup sihat dan penggunaan produk penjagaan diri yang lebih selamat serta lestari.