GR171: KOD POLA: 6-2-4 – Kaedah Hafalan Formula Pola Asas Pakaian

NUR SUZLINA BINTI SALEH Kolej Vokasional Kuala Kangsar

Inovasi KOD POLA: 6-2-4 merupakan satu kaedah bantu belajar berasaskan formula hafalan kreatif yang dibangunkan bagi membantu pelajar menguasai ukuran pola asas pakaian dengan lebih mudah, pantas dan berkesan. Inovasi ini direka khusus untuk pelajar baharu serta pelajar yang lemah dalam matematik, bagi mengatasi kekeliruan dalam mengingat dan mengaplikasi formula ukuran semasa proses mendraf pola pakaian.

Formula 6-2-4 yang diperkenalkan membawa maksud:

6 – Leher (ukuran ÷ 6)

2 – Bahu (ukuran ÷ 2)

4 – Dada, Pinggang, Punggung (ukuran ÷ 4)

Melalui pendekatan ini, pelajar dapat memahami hubungan ukuran badan dengan pola secara lebih jelas, mengingat formula dengan konsisten, serta meningkatkan ketepatan dan keyakinan semasa menjawab soalan teori dan melaksanakan aktiviti amali.

Dalam konteks PdP Seni Reka Fesyen, inovasi ini memberi impak yang signifikan terhadap peningkatan kefahaman dan kemahiran pelajar dalam mendraf pola asas pakaian. Pelajar menunjukkan peningkatan ketara dari segi kecekapan mengira, ketepatan ukuran, dan kemasan hasil kerja. Kaedah ini juga merangsang minat pelajar melalui pendekatan hafalan yang mudah, interaktif dan menyeronokkan.

Bagi guru, KOD POLA: 6-2-4 membantu menjadikan proses pengajaran lebih sistematik, berfokus dan efisien, di samping memudahkan pentaksiran kefahaman pelajar. Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja memperkukuh asas kemahiran teknikal pelajar dalam bidang fesyen, malah menyumbang kepada peningkatan kualiti PdP berasaskan pendekatan kreatif, inovatif dan mesra pelajar.