MUHAMMAD JEBAT BIN MOHD IDRIS KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN)CHENOR
Type Your Abstract Here!Penggunaan hormon pengakaran sintetik dalam pertanian pada peringkat
semaian merupakan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan untuk
mempercepatkan pertumbuhan. Namun, penggunaan bahan kimia yang
berlebihan boleh menyebabkan masalah alam sekitar yang serius serta
meningkatkan kos pengeluaran. Maka, objektif kajian ini dilakukan untuk
menghasilkan satu produk organik 2 dalam 1 iaitu media semaian dicampurkan
bahan penggalak akar organik yang mampu bertindak untuk mempercepatkan
pertumbuhan akar pokok. Coco-Top Seedling Mix Media (Coco- Top)
merupakan media semaian yang telah dicampurkan dengan mol bawang yang
bertindak sebagai bahan penggalak akar organik dan diperam semalaman
sebelum digunakan. Kajian ini telah dilakukan pada keratan batang mulberi
dan pokok bunga ros jepun. Parameter yang diukur adalah bilangan hari
pertumbuhan tunas serta tinggi pokok.Keputusan kajian mendapati Coco-Top
menunjukkan kesan yang signifikan terhadap pertumbuhan pokok bagi kedua
dua jenis tanaman dan menyamai keputusan pada tanaman yang menggunaakan
hormon kimia. Justeru Coco-Top memberi kesan positif terhadap pertumbuhan
pokok dan boleh digunakan sebagai produk alternatif bagi menggantikan
penggunaan hormon pengakaran sintetik yang banyak di pasaran