TR5: MESIN RINGKAS

SITI NUR MAISARAH BINTI ZUL HADI Kolej Vokasional Kuala Kangsar

Mesin ringkas ialah alat yang membantu memudahkan kerja dengan menggunakan tenaga yang sedikit. Dengan projek ini, kanak -kanak dapat belajar tentang cara mesin bergerak dan bagaimana tenaga digunakan dalam kehidupan seharian.Pendedahan kepada mesin ringkas membantu kanak-kanak memahami fungsi alat dalam kehidupan seharian. Antara contoh mesin ringkas yang diperkenalkan ialah tuas, roda dan gandar, takal,satah condong, dan gear. Setiap mesin ini mempunyai fungsi tersendiri yang memudahkan pelaksanaan sesuatu tugas. Melalui penggunaan model mesin ringkas yang kami hasilkan, kanak-kanak berpeluang untuk belajar secara hands-on. Aktiviti ini dapat membantu mereka membina kemahiran motor halus, meningkatkan daya kreativiti, dan mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman sebenar. Contohnya, bermain gelongsor dan bermain kereta mainanan yang mengaplikasikan prinsip mesin ringkas dalam penggunaannya.