TR28: ECO BRIQ

MUHAMMAD FAHEEM BIN MOHD SHAFIE Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja

Isu lambakan tinja lembu di kandang fidlot KVDLM menjadi cabaran besar dalam pengurusan sisa ternakan kerana berpotensi mencemarkan persekitaran jika tidak diurus dengan baik. Justeru, inovasi ini dibangukan bagi menukar sisa tersebut kepada produk bernilai tambah iaitu pencetus api (fire starter) yang juga berfungsi sebagai penghalau nyamuk dan serangga. Bahan asas yang digunakan ialah tinja lembu kering yang dicampur dengan serkam padi, sabut kelapa, habuk kayu, minyak jelantah serta herba beraroma seperti serai wangi dan neem. Proses penghasilan melibatkan pengeringan, pencampuran, pembentukan briquette, dan pengeringan semula untuk menghasilkan produk yang ringan, mudah digunakan serta mesra alam. 

Produk ini mempunyai kelebihan sebagai fire starter yang cepat menyala dan tahan lama tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya. Selain itu, asap daripada pembakarannya mengandungi aroma herba yang berkesan menghalau nyamuk dan serangga. Inovasi ini bukan sahaja menyelesaikan masalah lambakan tinja lembu di kandang fidlot, malah mebantu mengurangkan pencemaran, menjimatkan kos, dan menyediakan solusi praktikal untuk aktiviti luar seperti perkhemahan dan pendakian. Secara keseluruhannya, produk ini menampilkan konsep "dua dalam satu" iaitu sumber api dan perlindungan daripada serangga secara semula jadi, murah serta lestari.