SITI JAMEELAH BINTI MOHD RAFI Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja
ABSTRAK
EcoBloom Soap merupakan satu inovasi berasaskan konsep kelestarian alam sekitar yang memanfaatkan bahan buangan organik seperti kulit pisang dan daun sireh bagi menghasilkan sabun pencuci tangan semula jadi. Inovasi ini dibangunkan berasaskan prinsip 3R – Reduce, Reuse, dan Recycle – dengan objektif utama untuk mengurangkan pembuangan sisa organik, memaksimumkan penggunaan semula bahan semula jadi dan menghasilkan produk alternatif yang lebih mesra alam dan selamat digunakan. Kulit pisang kaya dengan antioksidan manakala daun sireh mempunyai sifat antibakteria yang terbukti berkesan untuk kebersihan kulit. Bahan-bahan ini diekstrak dan diproses bersama bahan asas sabun bagi menghasilkan produk akhir yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya serta sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. EcoBloom Soap bukan sahaja menyumbang kepada amalan hijau, tetapi juga membuka peluang kepada pelajar untuk memahami konsep inovasi lestari dan keusahawanan hijau. Inovasi ini mampu memberi impak positif kepada komuniti dari sudut kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar, pengurangan kos penggunaan bahan penjagaan diri serta menyokong pembangunan ekonomi tempatan melalui produk berasaskan sumber tempatan dan mudah diperoleh. EcoBloom Soap membuktikan bahawa bahan buangan juga mampu diolah menjadi produk bernilai tinggi, selari dengan matlamat pembangunan lestari