GR202: GERABAK

MOHD SAIFUL BIN OTHMAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KHOON AIK

Penulisan perenggan merupakan satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Inovasi GERABAK dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis perenggan dalam kalangan murid tahun enam. Tiga orang murid terlibat dalam inovasi ini. Data dikumpul dengan menggunakan analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Inovasi GERABAK mempunyai tiga langkah yang menarik. Tempoh masa bagi menjalankan inovasi ini ialah empat minggu. Dapatan daripada inovasi ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid dalam menulis perenggan berada pada tahap yang baik berbanding sebelum inovasi ini diperkenalkan. Murid juga menunjukkan minat yang tinggi untuk melaksanakan setiap langkah dalam inovasi GERABAK.