TR72: B-BMUB

AZHAR BIN BUHARI KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH

B-BMUB

Azhar bin Buhari, Nursyuhaidah binti Zaid & Muhammad Syahmi bin Mohd Fardous

Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru, Johor

Email : [email protected]

 

Abstrak

 

Bubur merupakan makanan bayi yang mula diperkenalkan seawal umur 6 bulan dan ke atas.. Manakala, bayam merah dan ubi bit merupakan makanan yang mempunyai banyak khasiat serta vitamin yang sesuai untuk perkembangan pertumbuhan kanak-kanak. Kedua-dua jenis makanan ini jarang dikomersialkan di dalam pemakanan bayi. Produk B-BMUB menggabungkan bayam merah dan ubi bit sebagai makanan utama di dalam bubur segera. Ini adalah untuk memberikan gabungan khasiat yang terkandung di dalam pyramid makanan. Objektif inovasi ini adalah untuk mengkomersialkan bayam merah dan ubi bit di dalam pemakanan bayi. Selain itu, untuk memperkenalkan produk ini ke pasaran luar. Seterusnya, untuk memudahkan ibu bapa yang berjalan jauh atau bekerja dengan menghasilkan bubur segera. Idea inovasi ini tercetus apabila pengkaji membuat kajian pasaran luar dan mendapati tiada lagi produk makanan yang mempunyai hasil gabungan bayam merah dan ubi bit di dalam bubur bayi. Dapatan mendapati rata-rata golongan masyarakat menyukai produk B-BMUB dan ini memberikan impak yang bagus untuk mengkomersialkannya ke pasaran luar. Kesimpulannya, B-BMUB merupakan bubur segera bayam merah dan ubi bit yang disukai oleh golongan ibu bapa kerana produknya yang mudah disediakan untuk bayi walau di mana berada.

 

Kata Kunci : Bubur, Ubi bit, Bayam merah, B-BMUB