AMIRUL IMAN BIN AZMAWI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
Projek ini membangunkan Sistem OptiSafe iaitu satu sistem pengesanan microsleep masa nyata yang direka untuk membantu pemandu kekal waspada semasa memandu. Sistem ini menggunakan kamera web untuk mengesan pergerakan mata dan mulut pemandu serta memproses imej tersebut menggunakan algoritma Eye Aspect Ratio (EAR) dan Mouth Aspect Ratio (MAR) bagi mengenal pasti tanda-tanda awal microsleep. Apabila sistem mengesan pemandu berada dalam keadaan mengantuk, amaran bunyi dan visual akan diaktifkan bagi memberi amaran awal kepada pemandu. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko dan kadar kemalangan akibat keletihan yang mendorong kepada berlakunya fenomena microsleep kepada pemandu.